BERITA UTAMA
Tuduhan Zahid Hamidi tak benar – Mahathir

Tuduhan Zahid Hamidi tak benar – Mahathir

PUTRAJAYA – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah mengarahkan untuk mengharamkan parti UMNO seperti didakwa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan media, Dr. Mahathir menegaskan, dakwaan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu suatu tuduhan yang tidak benar.

“Sesungguhnya jika Dr. Mahathir berhasrat hendak mengharamkan UMNO, beliau sebagai PM (Perdana Menteri ke-7 ketika itu) boleh arah Menteri Dalam Negeri melakukannya serta merta.

“Tetapi, selama dua tahun lebih Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri, UMNO masih kekal.

“Dr. Mahathir menyuruh Ahmad Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14), tidak lagi mewakili orang Melayu, pemimpin-pemimpinnya terkait dengan rasuah dan sudah tidak lagi berjuang demi agama, bangsa dan tanah air seperti tujuan asal parti itu ditubuhkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan itu, pembubaran yang dicadangkan terletak di atas bahu Ahmad Zahid dan kepimpinan UMNO jika mereka menyedari bahawa parti itu telah terpesong daripada perjuangan dan tidak layak menggunakan nama UMNO.

“Bahawa parti yang bernama UMNO masih ada hingga sekarang membukti parti itu tidak pernah diharamkan,” tegasnya.

Terdahulu, Ahmad Zahid secara terbuka mengakui beliau adalah dalang utama yang terbabit menggulingkan Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7, sebagai usaha menyelamatkan UMNO daripada diharamkan oleh Mahathir. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *