BERITA UTAMA
Leona mahu jadi ibu sepenuh masa, rela tinggal kerjaya RM20K sebulan

Leona mahu jadi ibu sepenuh masa, rela tinggal kerjaya RM20K sebulan

ANAK kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mencuri tumpuan ramai sebelum ini kerana mengakui pernah menjana pendapatan cecah RM20,000 sebulan ketika aktif bergelar pempengaruh media sosial.

Terbaharu, gadis berkenaan kembali menjadi sorotan selepas meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kerjaya yang menghasilkan pendapatan lumayan itu demi mengejar cita-citanya sebagai ‘ibu sepenuh masa’.

Perkara itu dedahkan oleh gadis berusia 22 tahun terbabit menerusi satu acara audio siar atau ‘podcast’ Usanita yang mana sedutan rakamannya turut dimuat naik di platform TikTok.

Jelas Leona, dia mahu menjadi seorang ibu yang sentiasa ada di sepanjang tempoh pembesaran anaknya selain memberikan sepenuh fokus kepada rumah tangganya.

“Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’. Saya nak jadi ibu seperti ibu saya. Bapa saya selalu sibuk dengan penggambaran tetapi ibu saya selalu ada. 

“Bukanlah bapa saya tiada langsung, tetapi dia terpaksa bekerja. Jadi saya sangat mengidolakan ibu saya dalam hal tersebut,” kata Leona dalam sesi temu bual tersebut.

Pendedahan Leona itu nampaknya tidak dijangka oleh pengendali podcast di mana salah seorangnya adalah pelakon dan pengacara terkenal iaitu Awal Ashaari yang kelihatan begitu terkejut.

Menerusi rakaman tersebut, Leona turut membuktikan kesungguhannya dengan mengatakan telah memberitahu ibu bapanya tentang hasrat untuk berkahwin sebaik sahaja tamat pengajian.

Walau bagaimanapun, Leona masih belum mempunyai kekasih mahupun calon suami untuk membantunya merealisasikan cita-cita yang selama ini diimpikannya itu.

“Sejujurnya saya ada beritahu ibu bapa saya selepas habis belajar di universiti, saya nak kahwin. Saya akan habiskan pengajian tahun hadapan tetapi masih belum ada sesiapa untuk berkahwin.

“Tetapi saya selalu berfikir diri ini sudah bersedia nak jadi seorang isteri dan ibu. Saya tak kisah kahwin pada usia muda.” Ujar gadis yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah universiti ternama di United Kingdom (UK) itu.

Terdahulu, Leona mengakui agak sukar untuk mencari pasangan hidup yang sesuai kerana meletakkan ‘standard’ tinggi namun tidak mementingkan rupa paras seseorang itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *