BERITA UTAMA
Tiada kecederaan fizikal, polis klasifikasi kematian Nidza Afham sebagai mati mengejut

Tiada kecederaan fizikal, polis klasifikasi kematian Nidza Afham sebagai mati mengejut

SHAH ALAM – Polis mengklasifikasikan kes kematian penyanyi Muhammad Nidza Afham sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat pada jam 11 pagi hingga 3 petang tadi.

“Punca kematian masih dalam siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal terhadap mayat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Semalam UtusanTV melaporkan, beliau mengesahkan penemuan mayat penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang pada jam 7.30 malam.

Nidza sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.

Siasatan mendapati Nidza telah keluar dari rumah di Jalan Kerongsang 4, Bandar Puteri dekat Klang ke stadium pada pada jam7.45 malam dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Menerusi aplikasi ‘Find my iPhone’, teman wanita Nidza mendapati, lokasi terakhir keberadaanya adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.

Adik Nidza juga telah ke lokasi terakhir yang dikenal pasti dan telah menemui sebuah telefon bimbit serta dompet berisi dokumen.

Nidza kali terkahir dilihat berbaju warna biru dan hitam bernombor 56. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *