BERITA UTAMA
Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas

Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapi perkembangan itu.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Beirut dan Konsul Kehormat Malaysia di Syria giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini dan memantau keadaan semasa.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta arahan diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata, ia menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftarkan keberadaan mereka amat digalakkan untuk berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui panggilan telefon di +963 93324 5555 atau melalui e-mel di samir@honconsuladvisor.my.

Bagi mereka yang berada di Lubnan, Kedutaan Malaysia terletak di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan.

Selain itu, rakyat Malaysia boleh menghubungi kedutaan melalui panggilan telefon di +961 71 380 063 atau +961 7677 2527, atau melalui e-mel di mwbeirut@kln.gov.my.

Kementerian itu berkata, ia akan berusaha untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai sebarang perkembangan terkini. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *