Suspek culik Albertine Leo ditangkap semula

Suspek culik Albertine Leo didakwa hari ini

JOHOR BAHRU – Suspek kes penculikan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui di Eco Galleria, Iskandar Puteri pada 20 Julai lepas, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Kulai hari ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata lelaki berusia 31 tahun itu akan menghadapi 15 pertuduhan selepas dua kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan.

“Suspek akan menghadapi masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 346 Kanun Keseksaan, tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, empat pertuduhan mengikut Seksyen 8(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, satu pertuduhan mengikut Seksyen 10 akta sama dan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 15(a)(ii) akta itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Lelaki tersebut ditahan jam 4.45 pagi, 23 Julai lepas, di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor, bersama kanak-kanak perempuan berkenaan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ahad lepas, suspek dilepaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya selama 13 hari tamat, namun dia ditahan semula pada hari sama susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *