Remaja 17 tahun dilaporkan hilang, ditemukan di Kulim

Remaja 17 tahun dilaporkan hilang, ditemukan di Kulim

BUTTERWORTH – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Bagan Ajam di sini sejak Khamis lalu, berjaya ditemukan.

Abang tirinya, Mohammad Nurul Asrul Norulfadli, 23, berkata, Siti Nur Khaireena Zufairi, 17, ditemukan kira-kira jam 9 pagi semalam, di Kulim Kedah.

Katanya, terdahulu dia menerima panggilan daripada kenalan Siti Nur Khaireena yang menemukan adiknya di sebuah rumah.

“Kenalannya itu kemudian menghubungi saya dan memberi alamat keberadaan Siti Nur Khaireena sebelum dia dijemput keluarga.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Adik dalam keadaan baik dan syukur dia ditemukan dalam keadaan selamat,” katanya ketika menghubungi Harian Metro semalam.

Menurut Mohammad Nurul Asrul, adiknya dikatakan ke Kelantan dengan rakannya sebelum pulang ke Kulim, dengan kenalan berlainan.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan gadis berkenaan tidak pulang ke rumah dan dipercayai mengikut kenalannya ke Kota Bharu, Kelantan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *