SHAH ALAM – Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata henti tugas sementara itu membabitkan LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 dihenti tugas sementara berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.
“Tujuh wilayah yang mengalami gangguan bekalan air adalah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
“Air Selangor sedang berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan impak kepada pengguna dan bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan.
Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor untuk senarai kawasan yang terjejas akibat henti tugas empat LRA berkenaan. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252