Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini

Pemandu MPV langgar mati pejalan kaki serah diri, direman hari ini

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon perintah reman ke atas pemandu kereta Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.

“Siasatan kes juga dipinda kepada Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan,” katanya pada semalam.

Kata Raub, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, manakala keputusan ujian saringan pernafasan pula negatif alkohol.

Semalam, polis giat mengesan pemandu Perodua Alza kerana disyaki terlibat kes langgar lari seorang pejalan kaki di Kilometer 0.5 Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Johor Bahru.

Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu menyebabkan pejalan kaki berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, pemandu Perodua Alza tersebut tidak berhenti dan telah melarikan diri selepas kemalangan berlaku. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *