KUALA LUMPUR – Pendatang asing tanpa izin (PATI) yang datang ke negara ini didapati hidup selesa mendiami beberapa apartmen di Brickfields, Kuala Lumpur dengan bayaran sewa mencecah RM2,000 sebulan.
Rata-rata mereka bekerja di kawasan berhampiran sebagai tukang jahit, pekerja kedai makan dan tukang cuci.
Kehidupan selesa warga asing itu terbongkar selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.
Lebih memeranjatkan bukan satu apartmen sahaja yang didiami golongan itu, malah beberapa unit bangunan itu dihuni mereka.
Dalam operasi itu, seramai 122 warga asing pelbagai negara telah diperiksa.
Seorang warga asing dikenali sebagai Aley berkata, dia menetap di Malaysia sejak 14 tahun lalu.
“Di sini (apartmen) ini, saya duduk di unit empat bilik dengan beberapa warga asing lain.
“Setiap bulan saya akan kutip daripada (penghuni) setiap bilik dan bayaran bulanan RM2,500. Rumah ini milik orang tempatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, operasi dilakukan hasil risikan selama dua minggu.
Katanya, dalam operasi itu seramai 40 PATI iaitu 24 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditahan. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252