Malaysia kutuk serangan Israel di Kem Al-Mawasi

Malaysia kutuk serangan Israel di Kem Al-Mawasi

KUALA LUMPUR – Malaysia, menerusi jurucakap rasminya, Wisma Putra mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan rejim Israel ke atas rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian Al-Mawasi semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, serangan terkutuk dan tidak berperikemanusiaan itu berlaku di zon selamat yang ditetapkan Israel untuk rakyat Palestin.

Serangan itu jelas sebagai satu pengabaian dan tindakan berkenaan ternyata tidak menghormati nyawa manusia.

“Ia juga bercanggah dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.

“Malaysia kekal dengan sokongan teguh terhadap rakyat Palestin dan menolak sekeras-kerasnya keganasan serta kekejaman berterusan yang dilakukan tentera rejim Zionis.

“Keganasan berterusan ini secara jelas melanggar Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2735 (2024), yang menyeru untuk menghentikan segera peperangan, melindungi penduduk awam dan memberi akses bantuan kemanusiaan tanpa halangan di Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, serangan itu mengorbankan seramai 71 orang termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Kementerian itu berkata, lebih 289 yang lain cedera dalam serangan di kem Al-Mawasi dan mengutuk ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang kejam itu.

Dalam pada itu, Kementerian Luar turut meminta masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera dan tegas bagi mengakhiri keganasan berkenaan serta menuntut pemimpin Israel untuk bertanggungjawab ke atas jenayah yang tidak berperikemanusiaan itu. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *