BERITA UTAMA
Enam keluarga hilang tempat tinggal, empat rumah musnah terbakar

Enam keluarga hilang tempat tinggal, empat rumah musnah terbakar

GEORGETOWN – Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Bukit Dumbar, Jelutong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian membabitkan empat rumah itu, kebanyakan penghuni dikatakan sedang tidur.

Komander Operasi Kanan Daerah Timur Laut, Rosli Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.16 pagi.

Katanya, operasi turut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran, lapor Harian Metro.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan empat rumah dan kesemua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Pasukan penyelamat mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal api daripada merebak.

“Kerja pemadaman membabitkan tiga penjuru bagi mengawal api daripada merebak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rosli berkata, sebanyak tujuh motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.

“Laluan sempit dan kabel elektrik yang rendah menyebabkan jentera bomba sukar memasuki kawasan lokasi,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *