BERITA UTAMA
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing

Awas! kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing

MERSING – Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda (Creseis Acicula) khususnya di perairan daerah ini.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan kehadiran Petropoda yang berasal dari perairan tropika dan subtropika dikesan pasukan penyelidik daripada Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang di kepulauan itu, pada 11 Jun lepas.

“Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air ‘ballast’ perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.

“Moluska (haiwan berbadan lembut tidak bertulang) ini mempunyai sengat yang boleh menyebabkan keradangan, kegatalan, kekeringan, pengelupasan, kemerahan dan kulit bersisik,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya, pada Khamis lepas.

Menurut kenyataan itu, kesan berkenaan mempunyai kaitan dengan tindak balas hipersensitif pada bahagian kulit manusia dan perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya terkena sengatan.

“Kita akan memantau kehadiran Petropoda sehingga situasi selamat dan pada masa sama ingin menasihati orang ramai agar menjauhi aktiviti berkaitan air, ketika ini,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *