2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS

LOS ANGELES – Dua terbunuh dan tiga lagi cedera ditikam di Huntington Beach, sebuah bandar tepi laut di Selatan California pada 4 Julai lalu.

Pegawai polis menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.15 malam Khamis waktu tempatan.

Pegawai Jabatan Polis Huntington Beach mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.

“Dua individu meninggal dunia akibat kecederaan. Tiga individu lagi telah dihantar ke hospital tempatan,” menurut jabatan polis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Seorang suspek telah ditahan dan siasatan berhubung kejadian masih dijalankan.

Menurut saksi, keganasan tercetus di kawasan perumahan Huntington Beach apabila seorang lelaki mula menikam orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api sempena Hari Kemerdekaan AS pada 4 Julai.

Dua lelaki berjaya menangkap penyerang terbabit dan menahannya sehingga polis tiba. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *