Tajuk Utama
    UMNO boleh pertimbang tampil calon lebih awal di kerusi sukar menang - Veteran UMNO

    UMNO boleh pertimbang tampil calon lebih awal di kerusi sukar menang – Veteran UMNO

    KUALA LUMPUR – Cadangan UMNO memperkenalkan calon Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal boleh dibuat di beberapa negeri tertentu, kata Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa.

    Beliau berkata, penampilan calon itu khususnya di kawasan pilihan raya yang disasar untuk dirampas kembali oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    Bagaimanapun, katanya, adalah sukar cadangan sedemikian dilaksanakan di semua 192 bahagian UMNO, memandangkan ia akan mendedahkan parti kepada tindakan sabotaj, lapornya kepada Berita Harian.

    Beliau berkata, biarpun cadangan itu baik dan rasional, terutama untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada parti, ada sudut yang masih perlu diperhalusi dan dipertimbang.

    “Untuk kawasan yang UMNO dominan, saya rasa ia perlu diteliti sebaik mungkin. Ada kalanya untuk kawasan seperti ini (UMNO dominan), calon diumum ketika PRU nanti pun, parti masih ada kelebihan untuk menang.

    “Tetapi bagi kawasan yang mungkin menjadi fokus UMNO untuk rampas kembali daripada lawan atau kerusi sukar, contohnya di Kelantan, cadangan tampil calon lebih awal nampak agak rasional,” katanya.

    Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mencadangkan parti memperkenalkan calon lebih awal bagi membolehkan mereka dikenali penduduk setempat dan dapat bekerja lebih awal.

    Mengulas lanjut, Othman berkata, keutamaan parti juga seharusnya menggerakkan jentera dan kekuatan parti lebih awal untuk menarik keyakinan rakyat di semua kawasan.

    Katanya, hanya bersandar kepada calon ditampilkan semata-mata untuk meyakinkan pengundi tidak mencukupi untuk menang.

    “Parti kena susun langkah gerak kerja pilihan raya dengan turun berkerja lebih awal. Jangan tunggu musim pilihan raya. Jentera dan ahli parti di akar umbi perlu digerakkan sekarang untuk mendampingi pengundi.

    “Ini lebih penting berbanding hanya berharap kepada calon ditampilkan semata-mata. Jika calon ditampilkan terlalu awal, kita bimbang lawan akan ambil kesempatan untuk memburukkan calon-calon kita. Lebih bimbang juga tindakan sabotaj dalaman sendiri,” katanya. – ND

     

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *