BERITA UTAMA
Isu nikah, kerajaan perkukuh kerjasama dengan agensi agama selatan Thailand

Isu nikah, kerajaan perkukuh kerjasama dengan agensi agama selatan Thailand

ALOR SETAR – Kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan pejabat agama Islam di wilayah selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat negara ini di sana dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata setakat ini pihaknya sudah berbincang dengan pejabat agama di lima wilayah selatan Thailand dan perbincangan mengenainya akan dilakukan secara berterusan.

“Di peringkat kementerian hal ehwal agama kita ada perbincangan dengan Majlis agama Islam di lima wilayah selatan Thailand dan kita ingin memastikan bahawa proses (perkahwinan) dan juga segala apa yang dilaksanakan itu mengikut undang-undang supaya kelak tidak ada permasalahan di masa depan.

“Kita akan teruskan juga perbincangan seterusnya dengan pihak-pihak yang berkaitan,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (PINTAR) Koperasi Anak Kedah Berhad, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata pihaknya sentiasa peka dengan isu semasa membabitkan perkahwinan rakyat ini di negara jiran.

“Kita melihat bahawa yang lebih penting adalah bagaimana untuk memastikan perkahwinan yang sah itu dapat membina syurga, membina kebahagiaan keluarga.

“Di peringkat kementerian, kita juga memberikan kesedaran dan kefahaman dengan memperkukuhkan kursus kahwin,” katanya.

Ketika ditanya adakah terdapat usaha kementerian untuk mempermudahkan proses perkahwinan di negara ini bagi mengurangkan kes perkahwinan di negara jiran, katanya perkara itu bergantung kepada pejabat agama dan enakmen negeri masing-masing.

Sebelum ini Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

whatsapp sharing button
twitter sharing button

 

ALOR SETAR – Kerajaan akan memperkukuhkan kerjasama dengan pejabat agama Islam di wilayah selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat negara ini di sana dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, setakat ini pihaknya sudah berbincang dengan pejabat agama di lima wilayah selatan Thailand dan perbincangan mengenainya akan dilakukan secara berterusan.

“Di peringkat kementerian hal ehwal agama kita ada perbincangan dengan Majlis agama Islam di lima wilayah selatan Thailand dan kita ingin memastikan proses (perkahwinan) dan juga segala apa yang dilaksanakan itu mengikut undang-undang supaya kelak tidak ada permasalahan di masa depan.

“Kita akan teruskan juga perbincangan dengan pihak yang berkaitan,” katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Fasa 2 Projek Tuisyen Rakyat Anak Kedah (PINTAR) Koperasi Anak Kedah Berhad, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya sentiasa peka dengan isu semasa membabitkan perkahwinan rakyat ini di negara jiran.

“Kita melihat yang lebih penting adalah bagaimana untuk memastikan perkahwinan yang sah itu dapat membina syurga, membina kebahagiaan keluarga.

“Di peringkat kementerian, kita juga memberikan kesedaran dan kefahaman dengan memperkukuhkan kursus kahwin,” katanya.

Ketika ditanya adakah terdapat usaha kementerian untuk mempermudahkan proses perkahwinan di negara ini bagi mengurangkan kes perkahwinan di negara jiran, katanya perkara itu bergantung kepada pejabat agama dan enakmen negeri masing-masing.

Sebelum ini Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat mendedahkan sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke wilayah berkenaan pada setiap bulan untuk bernikah dan berpoligami. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *