STUTTGART, Jerman – ‘John the Swan’ dan ‘Keith the Teeth’ mungkin didengar seperti karakter daripada filem gangster lama, tetapi ia juga adalah nama panggilan mesra dalam skuad England pada Euro 2024.
Pertahanan kanan Kyle Walker mendedahkan butiran itu, termasuk panggilan terhadap dirinya sendiri ‘Des’, sebagai penghormatan kepada bekas pemain antarabangsa England, Des Walker, yang beraksi 59 kali sebagai pertahanan tengah disegani buat negaranya.
“Ia hadir daripada hari-hari di Sheffield United, seorang pemain dikenali Matt Kilgallon memanggil saya ‘Des’ dan jelas seorang pemain bola sepak yang amat bagus dipanggil Des Walker jadi ia hadir daripada situ,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
Pertahanan tengah Marc Guehi beraksi kejohanan utama antarabangsa pertamanya tetapi dia berjaya menyesuaikan diri dengan pantas dan dia dikenali sebagai “Uncle Marc.”
Walker berkata, ia kerana cara Guehi menjaga setiap orang, di sebalik hakikatnya dia baru berusia 23 tahun.
John Stones adalah ‘John the Swan’ kerana dia sangat elegan, jelas Walker, manakala Kieran Trippier mempunyai nama yang kurang anggun.
“Tripps kami panggil ‘Keith the Teeth’ kerana giginya bagus,” kata Walker.
Nama panggilan itu mungkin menjadi lebih negatif jika pasukan kendalian Gareth Southgate gagal mara ke pusingan 16 terakhir selepas menentang Slovenia awal pagi Rabu ini di Cologne. – REUTERS
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252