BERITA UTAMA
Suami bunuh isteri kerana tuntut cerai direman tujuh hari

Suami bunuh isteri kerana tuntut cerai direman tujuh hari

BATU GAJAH – Suspek lelaki yang disyaki membunuh isterinya di sebuah hotel dekat sini semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 Jun.

Permohonan reman dibenarkan Majistret, Azlin Zeti Zainal Abidin, selepas lelaki berusia 36 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Gajah di sini, pada jam 8.33 pagi sebelum dibawa keluar 14 minit kemudian.

Penganggur itu direman bagi membantu polis menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan, lapor Berita Harian.

Semalam, media melaporkan lelaki terbabit menyerah diri di balai polis jam 2 petang selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa yang berusia 32 tahun kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Jelas beliau, mayat mangsa ditemui di bilik hotel itu dengan kesan tikaman serta sebilah pisau. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *