Blackrock: Puad cabar Kerajaan Madani buat pusingan U

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar kerajaan Madani membuat pusingan-U bagi membatalkan pembelian 30 peratus saham MAHB kepada GIP yang dimiliki Blackrock.

Menurut beliau, kerajaan boleh membuat U-turn untuk membatal pembelian itu oleh sebuah syarikat dari Amerika yang pro-Israel.

“Kerajaan wajar membuat pertimbangan semula. Ia konsisten dengan pendirian tegas Malaysia menyokong kemerdekaan Palestin. 

“Ia juga bukti Malaysia membantah kedegilan rejim zionis yang terus membantai rakyat Palestin di Gaza.

“Lagi pun lapangan terbang aset strategik yang melibatkan isu kedaulatan. Jangan untung secupak rugi segantang,” katanya.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoalkan hasrat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjual 30 peratus sahamnya kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Mantan Perdana Menteri itu menjelaskan, persoalan itu berbangkit kerana pada tahun 2023 MAHB telah memperoleh keuntungan yang sangat tinggi iaitu RM543 juta.

“Apabila saya dengar MAHB akan jual sahamnya, sangkaan saya MAHB rugi. Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel? – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *