Tujuh tahun bersama, Nora Danish sah bercerai dengan Nedim Nazri

Tujuh tahun bersama, Nora Danish sah bercerai dengan Nedim Nazri

PERCERAIAN juga keputusan akhir pelakon Nora Danish dan suami, Nedim Nazri, apabila masing-masing bersetuju berpisah secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Nora memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka itu kerana mahu anak-anak hidup dalam keadaan tenang dan positif.

“Saya harap semua boleh hormati jawapan yang saya kongsikan ini, iaitu saya dan bekas suami, telah dapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan kami setelah tujuh tahun… berakhir di sini.

“Paling penting, tujuan kami, hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga.

“Harap juga tiada teori-teori mengenai perpisahan kami, sebab saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan (keluarga) Nedim, terutama anak-anak kami, sebab nak besarkan mereka dalam keadaan positif,” katanya.

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi, dipetik Gempak.

Terdahulu, Nora mengesahkan perkahwinannya dengan Nedim dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *