24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan

24 pelajar dirawat keracunan makanan

SEREMBAN – Seramai 24 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah asrama penuh di Jempol dekat sini, dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah tengah hari di asrama sekolah itu semalam.

Sembilan dari mereka dibenarkan pulang sementara 15 lagi masih menerima rawatan di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Dr. Roslan Hussin berkata, semua pelajar yang masih dirawat berada dalam keadaan stabil.

“Mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas makan tengah hari di dewan asrama sekolah.

“Kira-kira jam 8 malam, mereka mengadu mengalami cirit birit dan muntah kepada warden bertugas sebelum dihantar ke HTAN,” katanya kepada Bernama semalam.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berharap ibu bapa pelajar sekolah itu tidak risau kerana JPNS telah mengambil langkah sebaiknya. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *