Sambutan memperingati hubungan diplomatik Malaysia-China ke-50 di Melaka, ditangguhkan

Sambutan memperingati hubungan diplomatik Malaysia-China ke-50 di Melaka ditangguhkan

MELAKA – Sambutan memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dijadualkan di Melaka tahun ini, ditangguhkan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh berkata, penangguhan itu dimaklumkan kerajaan Persekutuan baru-baru ini berdasarkan beberapa faktor dan ia berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak merencatkan kemeriahan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), malah beberapa acara serta program pelancongan yang sudah dirancang bersama kerajaan China sebelum ini akan tetap diteruskan sehingga akhir tahun ini.

“Ia akan tetap diadakan cuma tarikh baharu belum ditentukan oleh kerajaan Persekutuan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Bagaimanapun, kita akan tetap meraikan juga hari memperingati ulang tahun itu pada setiap kali majlis rasmi diadakan bagi menunjukkan bahawa hubungan diplomatik Malaysia-China ini kekal diingati, tetapi diadakan secara tidak rasmi,” katanya selepas merasmikan Pertunjukan Fesyen Tradisional Malaysia-China 2024 di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, malam tadi.

Pemilihan Melaka, negeri bersejarah sebagai lokasi sambutan itu bertepatan dengan sejarah hubungan antara kedua-dua negara apabila ia bermula di negeri Hang Tuah itu. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *