BERITA UTAMA
Ribuan ikan mati, lagun kering kontang di Mexico

Ribuan ikan mati, lagun kering kontang di Mexico

MEXICO – Beribu ikan mati apabila sebuah lagun di utara Mexico kering, sebahagiannya di tengah kemarau yang melanda negara itu.

Paras air di Lagun Bustillos susut hingga bawah 50 peratus daripada paras air biasa, kata pihak berkuasa tempatan pada Rabu.

Ini bermakna bahan pencemar lebih tertumpu dan berbahaya kepada spesies yang mendiaminya.

Ikan mati mula berlonggok dalam lumpur retak dasar tasik sejak seminggu lalu dan bau busuk menyelubungi kawasan ketika pekerja membersihkan sisa ikan yang reput.

Keadaan itu juga boleh menyebarkan penyakit.

Mexico secara keseluruhannya sedang bergelut dengan suhu tinggi, malah memecah rekod.

Pihak berkuasa kesihatan berkata, seramai 125 orang meninggal dunia dalam musim panas yang bermula pertengahan Mac. – AFP

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *