BERITA UTAMA
Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

Ustaz Don Daniyal direhatkan daripada bersiaran di RTM

KUALA LUMPUR – Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Harian Metro melaporkan, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman menerusi ciapan di laman sosial X, hari ini.

“Untuk meredakan keadaan, saya diarah pihak berkaitan untuk rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah.

” Jangan tanya apa yang saya fikir dan rasa. Terkelu,” ciapnya ringkas.

Difahamkan, langkah itu diambil selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak berikutan dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Ketika bersiaran di sebuah stesen radio, Don Daniyal mendakwa Baginda SAW pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah.

Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.

Semalam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit dan kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW turut diragui.

Justeru, orang ramai tidak sewenangnya menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar berkenaan Baginda.

Ia mesti didasari dengan suatu asas ataupun dalil yang menyatakan secara khusus perkara sedemikian lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan soal hati dan perasaan seseorang.

Terdahulu, Suhaimi memberitahu, tugas Don Daniyal dalam Salam Baitullah adalah sebagai perantara, bukan penganalisis atau penceramah, malah sudah dinasihatkan untuk tidak mengundang kontroversi.

Katanya, pimpinan tertinggi pengarang juga ada di lokasi bagi menentukan semua perantara mengikut skrip.

Salam Baitullah adalah sebuah rancangan RTM yang bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *