BERITA UTAMA
Polis panggil pemandu e-hailing OKU untuk rakam keterangan

Polis panggil pemandu e-hailing OKU untuk rakam keterangan

KUALA LUMPUR – Pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) yang mendakwa dipukul pengawal peribadi rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel di ibu negara baru-baru ini, dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini.

Individu terbabit dilihat tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 10.45 pagi, lapor AWANI.

Peguam Lawyer For Liberty (LFL) iaitu N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili mangsa turut hadir.

Rabu minggu lalu, media melaporkan, pemandu kenderaan e-hailing itu, yang mendakwa dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa, telah menarik balik laporannya pada hari yang sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata, individu berkenaan, yang juga OKU telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama.

Rusdi dalam kenyataan yang sama berkata, polis Kuala Lumpur telah menerima satu laporan polis, pada 28 Mei lalu pada jam 1 tengah hari oleh pengadu yang merupakan seorang pemandu e-hailing.

Susulan itu pada Jumaat, Tunku Mahkota Ismail menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh kejadian itu dan mahu tindakan undang-undang diambil demi memberi keadilan kepada mangsa. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *