BERITA UTAMA

Real Madrid lebar rekod Raja Eropah

LONDON – Real Madrid melebarkan rekod sebagai juara Eropah buat kali ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 pada final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley sebentar tadi.

Turun sebagai pasukan pilihan menjuarai aksi final berkenaan, kelab gergasi Sepanyol itu lebih kerap diancam Dortmund tetapi akhirnya berjaya memecah kebuntuan menerusi jaringan Dani Carvajal dan Vinicius Jr.

Bek kanan veteran, Carvajal menanduk bola sepakan sudut diambil Toni Kroos pada minit ke-74, dan hanya selepas jaringan itu skuad kendalian Carlo Ancelotti mula mendominasi permainan.

Vinicius menolak masuk gol kedua Real pada minit ke-83 untuk memastikan gelaran Eropah ke-15 Real.

Ia kekalahan yang memeritkan buat kelab Jerman itu selepas beberapa peluang keemasan membuka jaringan di babak pertama gagal dimanfaatkan, terutama menerusi percubaan jarak dekat Niclas Fullkrug yang terkena tiang.

Fulkrug akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol Real, Thibaut Courtois di akhir permainan, namun jaringan berkenaan tidak dikira kerana ofsaid. – REUTERS

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *