BERITA UTAMA

Pengumuman Kerajaan Madani sentiasa resahkan rakyat

KUALA LUMPUR – Hari demi hari, ada sahaja pengumuman daripada kerajaan Madani yang akan meresahkan rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Nadzir Helmi.

Beliau berkata, rakyat sentiasa menunggu apa lagi pengumuman meresahkan mereka, yang akan dimaklumkan oleh kerajaan.

Menurutnya, sistem pemerintahan Kerajaan Madani sekarang ini, semakin hari semakin bercelaru dan penuh kepincangan.

“Sebelum mereka menjadi kerajaan, mereka tidak akan sentuh subsidi rakyat. Ia satu pengkhianatan jika sentuh subsidi rakyat, tetapi akhirnya kini, itu yang mereka buat.

“Sebagai panduan kita, lihat semula ceramah mereka ketika menjadi pembangkang sejak 2012 hingga 2020, banyak mereka serang kerajaan ketika itu dan banyak juga mereka menabur janji,” katanya dalam program Ceramah Isu Semasa, Jelajah Selamatkan Malaysia Siri ke-2 di sini, malam tadi.

Nadzir berkata, sebelum 15 hari sidang Parlimen akan dimulakan nanti, Lajnah Penerangan Pas akan cuba sedaya upaya untuk menyedarkan rakyat bahawa mereka sedang dipermainkan oleh kerajaan dari semua sudut.

“Saya yakin menuju ke sidang Parlimen nanti, kita akan ada banyak pilihan raya dan bersedialah yang kita akan didedahkan dengan taburan ‘gula-gula’ daripada Kerajaan Madani.

“Sebarkan maklumat sahih sejauh yang mungkin dan semua pihak harus menculas sebaran maklumat dan setiap isu yang dibangkitkan.

“Jangan biarkan ibu bapa, anak dan keluarga kita tidak tahu yang mereka sekarang sedang susah disebabkan pemerintahan Kerajaan Madani ini,” katanya. – ND

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *