BERITA UTAMA
Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro

Mourinho pengendali baharu Fenerbahce

ISTANBUL – Pemenang dua kali Liga Juara-Juara Eropah, Jose Mourinho akan menjadi pengendali baharu kelab Turkiye, Fenerbahce.

Pengendali dari Portugal itu, yang memenangi Liga Juara-Juara bersama Porto dan Inter Milan, menganggur sejak dipecat oleh kelab Serie A, Roma pada Januari.

Dia pernah membimbing Chelsea, Manchester United, Tottenham dan Real Madrid.

“Selamat petang peminat Fenerbahce, jumpa anda esok di Kadikoy (pangkalan kelab itu di Istanbul) dan ayuh kita mulakan perjalanan bersama,” kata Mourinho.

Pengendali berusia 61 tahun itu mengesahkan perkara berkenaan ketika menjadi pengulas aksi final Liga Juara-Juara Eropah antara Real Madrid dan Borussia Dortmund di Wembley.

Pengumuman rasmi akan dibuat kelab berkenaan hari ini dan Mourinho dilaporkan bakal diikat dua tahun oleh Fenerbahce. – AFP

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *