BERITA UTAMA

Tawaran Sarawak jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif

KUCHING – Kerajaan Persekutuan memberikan maklum balas positif terhadap tawaran Sarawak untuk menganjurkan beberapa acara Sukan SEA 2027, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.

“(Maklum balas Kerajaan Persekutuan) sangat positif dan saya yakin kita akan memainkan peranan penting dalam penganjuran Sukan SEA 2027, tetapi kita serahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) untuk umumkan,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kemudahan di Megalanes Sarawak yang dinaik taraf dan akan menjadi venue acara boling Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurutnya minat yang tinggi terhadap sukan dalam kalangan rakyat Sarawak juga mampu menjadi faktor bagi membolehkan negeri itu dipilih menjadi tuan rumah beberapa acara Sukan SEA.

Terdahulu Hannah berkata Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemegang taruh untuk melihat impak kewangan terhadap negara berhubung penganjuran Sukan SEA 2027.

Hannah berkata sesi libat urus itu juga bertujuan melihat sama ada terdapat minat dari negeri lain untuk menjadi tuan rumah bersama Putrajaya. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *