Tahan peguam, tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM

SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu penerimaan kontrak melibatkan suami kepada seorang menteri.

Sumber SPRM memaklumkan demikian susulan pihaknya menerima beberapa aduan baharu berhubung kes suami seorang menteri yang dilantik memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor.

“Aduan dan maklumat itu memberikan beberapa petunjuk baru untuk diteliti. Justeru, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi melihat kesahihan maklumat atau petunjuk baharu tersebut.

“Siasatan secara menyeluruh dijalankan termasuk melihat kepada isu salah guna kuasa dan tatakelola dalam pematuhan arahan perbendaharaan dalam proses pelantikan syarikat berkenaan oleh kerajaan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan beberapa aduan dan maklumat telah diterima berkenaan kes berkenaan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat spekulasi serta membincangkan isu ini secara terbuka, sebaliknya memberi ruang untuk SPRM menjalankan siasatan,” kata beliau.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini dilapor berkata, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan dalam siasatan interim (awal) berhubung isu terbabit, bagaimanapun siasatan lanjut boleh dijalankan jika terdapat petunjuk baharu. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *