BERITA UTAMA
Polis mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang juga ibu dan bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meningggal dunia akibat dibunuh dalam kejadian di Damansara Damai, Disember lalu diberkas pada Jumaat.

Difahamkan dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi.

Bagaimanapun, butiran berkaitan penahanan itu belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berkaitan tangkapan itu, lapor Sinar Harian.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *