BERITA UTAMA

Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Perak FC pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Jaringan tunggal pasukan kendalian jurulatih Korea Selatan Kim Pan Gon itu dihasilkan Daniel Ting pada minit ke-17.

Aksi pemanas badan itu adalah persediaan skuad Harimau Malaya menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Malaysia akan bertemu Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov di Bishkek pada 6 Jun sebelum menutup kempen saingan Kumpulan D bertemu Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun.

Selepas empat perlawanan, Malaysia berada di posisi ketiga kumpulan dengan enam mata sementara Kyrgyzstan sebagai pendahulu, berkongsi sembilan mata dengan Oman di tempat kedua, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *