BERITA UTAMA

Raja Perlis selamat jalani pembedahan kaki di HTF

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selamat menjalani pembedahan kaki di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, semalam.

Istana Arau dalam kenyataan hari ini, berkata baginda dalam keadaan stabil dan pembedahan selesai dengan jayanya tanpa sebarang masalah.

“Baginda dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menzahirkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakyat jelata.

“Dalam keadaan ini juga, baginda akan terus bersemayam di Wad Diraja HTF sejurus selesai pembedahan bagi menjalani proses rawatan pemulihan sepenuhnya dan juga untuk berehat.

“Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih semua kaum kerabat serta sahabat handai yang tidak putus-putus mendoakan ke hadrat Allah SWT agar baginda dikurniakan keselamatan, kesejahteraan dan kesembuhan segera,” lapor Berita Harian.

Pada kesempatan sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Faizuddin Putra Jamalullail yang kini memangku jawatan Raja Perlis menzahirkan seruan kepada seluruh rakyat jelata agar sentiasa berdoa untuk kesejahteraan serta kesembuhan buat baginda.

Pada 1 April tahun lalu, Raja Perlis pernah menjalani pembedahan membaik pulih kaki dan buku lali sebelah kanan di Hospital Putrajaya (HPj).

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *