PM umum pelaburan RM3 bilion oleh KWAP melalui Dana Pemacu

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur melalui Dana Pemacu sehingga RM3 bilion.

Perdana Menteri berkata, ia akan dilakukan dalam pelaburan patuh Syariah untuk menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan Malaysia dan juga memangkin ekosistem pelaburan teroka.

Katanya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula akan menubuhkan ‘Social Exchange’ pertama di Malaysia, pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.

“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Ketiga, saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk kita di bawah kerajaan Malaysia melalui struktur wakalah ‘bil-khadamat’.

“Kita merancang untuk memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025, sambil berusaha untuk menyelesaikan semua pengaturan dan penyediaan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama di sini, hari ini. – Berita Harian

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *