BERITA UTAMA

Kumpulan EPB terima kelulusan penyenaraian pasaran ACE

KUALA LUMPUR – EPB Group Berhad (EPB), penyedia penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan mengumumkan telah menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Securities.

Proses penyenaraian itu akan menawarkan sejumlah 111,570,000 saham IPO, mewakili 29.99 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan selepas penyenaraian 372,000,002 saham biasa, dalam tawaran awam permulaan (IPO) Kumpulan yang akan datang.

Kumpulan yang memulakan operasinya sejak 1992, menawarkan penyelesaian komprehensif dalam reka bentuk, penyesuaian, fabrikasi, penyepaduan dan automasi barisan pengeluaran, di samping perdagangan dan pembuatan bahan pembungkusan fleksibel serta perdagangan sarung selulosa, memenuhi keperluan pelbagai keperluan industri makanan.

Menurut prospektus EPB untuk IPO, pelaksanaan penyenaraian melibatkan terbitan awam 71,570,000 saham biasa baharu, atau 19.24 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian dengan tawaran untuk jualan sebanyak 40 juta saham biasa atau 10.75 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian.

Pengarah Urusan EPB Group Berhad, Yeoh Chee Min berkata, syarikat amat menghargai kelulusan daripada Bursa Securities untuk IPO di Pasaran ACE.

“Ini menandakan satu peristiwa penting bagi perjalanan Kumpulan yang akan meningkatkan keterlihatan dan membolehkan mengembangkan jejak di Pulau Pinang IPO berfungsi sebagai pintu masuk ke pasaran modal, memberikan sumber diperlukan untuk memacu fasa pertumbuhan dan inovasi seterusnya terutama dalam bidang integrasi robotik bagi penyelesaian mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan kini disediakan kepada pelanggan,” katanya di sini, hari ini.

Yeoh menjelaskan, strategi pertumbuhan Kumpulan dengan modal yang dikumpul melalui IPO ini akan berperanan penting dalam merealisasikan rancangan pengembangan, termasuk pembesaran kilang sedia ada.

Pengembangan ini bukan hanya mengenai skala operasi, tetapi meletakkan kedudukan kumpulan secara strategik.

IPO EPB akan ditawarkan seperti Terbitan Awam 71,570,000 saham biasa baharu, mewakili 19.24 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian, di mana 19.75 juta saham biasa baharu, atau 5.26 peratus daripada modal saham terbitan diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh orang awam melalui pengundian dengan 50 peratus daripada peruntukan ini mewakili 9,785,000 saham biasa baharu akan disediakan kepada pelabur awam bumiputera.

Manakala 21,196,000 saham biasa baharu, atau 5.70 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian akan dikhaskan untuk permohonan pengarah yang layak, pengurusan kanan utama yang layak, pekerja dan rakan perniagaan (termasuk mana-mana orang lain yang telah menyumbang kepada kejayaan Kumpulan).

Sejlah 30,804,000 saham biasa baharu, atau 8.28 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan untuk permohonan oleh Pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui penempatan persendirian.

Tawaran untuk Jualan 40 juta saham biasa (Saham Tawaran), mewakili 10.75 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian dengan 15,696,000 Saham Tawaran, atau 4.22 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan 24,304,000 Saham Tawaran atau 6.53 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan semasa penyenaraian akan disediakan kepada pelabur terpilih.

Malacca Securities Sdn. Bhd. ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan agen penempatan, dan WYNCORP Advisory Sdn. Bhd. ialah Penasihat Kewangan Korporat EPB Group Berhad. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *