BERITA UTAMA

Parti dalam tren: KTMB akan lebih tegas

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan tidak memantau secara dekat penyewaan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengadakan pesta di dalam koc.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata KTMB sudah menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren pada masa hadapan.

“KTMB sudah menyatakan sejak 2021, tren itu disewa khas untuk aktiviti korporat dan sebagainya.

“Aktiviti terbabit mungkin tidak dinyatakan dengan jelas kepada KTMB. Namun, ada garis panduan ditetapkan termasuk tiada minuman alkohol dan sebagainya dan itu ditetapkan sebagai prasyarat.

“Kadang-kala apa yang berlaku itu mungkin di luar kawalan KTMB,” katanya di sini hari ini.

Tular di media sosial video memaparkan sekumpulan penumpang mengadakan pesta di dalam gerabak KTMB dan dipercayai diadakan di Kuala Lumpur.

Sebelum ini KTMB memaklumkan pihak penyewa mematuhi syarat ditetapkan oleh pihaknya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *