BERITA UTAMA

Petronas jual semua kepentingan dalam firma Afrika Selatan, Engen

PETRONAS telah menyelesaikan pelupusan keseluruhan 74 peratus kepentingannya dalam Engen Ltd (Engen) kepada Vivo Energy selepas mendapat kelulusan daripada Tribunal Persaingan Afrika Selatan.

Dengan transaksi pelupusan itu selesai, Vivo Energy akan menjadi pemegang saham utama Engen yang baharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata sebagai anak syarikat kepada syarikat induk multinasional, Vitol dan bertapak kukuh dalam sektor tenaga Afrika, Vivo Energy memiliki pengalaman luas dalam sektor tenaga Afrika, membolehkannya memacu Engen dengan berkesan melalui fasa pertumbuhannya yang akan datang.

Phembani Group, rakan kongsi lama PETRONAS di Afrika dan pemegang saham dalam Engen akan kekal sebagai pemegang saham dalam syarikat itu bersama-sama dengan Vivo Energy, tambahnya.

PETRONAS mulamemperoleh saham dalam Engen pada 1996 dan menjadi pemegang saham majoritinya pada 1998.

Perniagaan utama Engen adalah dalam pemasaran petroleum, pelincir, dan perkhidmatan kemudahan runcit.

Syarikat itu memiliki jejak runcit yang besar di sekitar 1,300 stesen servis di tujuh negara di sub-Sahara Afrika dan Kepulauan Lautan Hindi. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *