BERITA UTAMA

Kritikan bakar semangat Haaland buru hatrik Kasut Emas

MANCHESTER – Erling Haaland mahu persembahannya terus dikritik musim depan sebagai pembakar semangat buat penyerang Manchester City itu memburu hatrik Kasut Emas.

Haaland, yang meledak 27 gol bagi membantu Man City menjuarai Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut, menjadi sasaran pengkritik tahun ini.

Kritikan Roy Keane, yang mengatakan permainan Haaland seperti pemain divisyen bawah, antara yang paling pedas dilemparkan kepada penyerang Norway itu.

Bagaimanapun Haaland menutup mulut pengkritik berkenaan permainannya dengan berada di landasan terbaik bagi menjadi pemain pertama sejak Thierry Henry pada tahun 2006, menamatkan tiga musim berturut-turut sebagai penjaring terbanyak liga tertinggi Inggeris itu.

“Jika ia adalah musim yang buruk, saya boleh terima. Memang ia musim yang buruk, satu-satunya jalan ialah ke atas. Lebih banyak yang membenci dan kritikan, lebih baik,” kata Haaland.

Haaland dan City meraikan kejuaraan sehingga jam lima pagi semalam dan akan kembali berlatih hari ini sebagai persiapan menghadapi Manchester United dalam final Piala FA pada Sabtu ini.

City berpeluang menjadi pasukan pertama memenangi kejuaraan domestik berganda dua kali berturut-turut di Wembley sekiranya berjaya mengatasi United, yang menamatkan liga di tangga kelapan musim ini. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *