BERITA UTAMA

Avitan Shalom mohon bicara tuduhan pindaan perdagang pistol, miliki peluru

KUALA LUMPUR – Avitan Shalom, lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan pindaan memperdagangkan enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara.

Pertuduhan pindaan itu membabitkan tambahan kepada jumlah peluru iaitu daripada 158 peluru kepada 200 peluru dan pindaan kepada nombor siri pistol jenis Glock dan Stoeger Cougar.

Kedua-dua pertuduhan pindaan itu dibacakan kepada Shalom di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin pada prosiding sebutan kes itu, dan lelaki yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis terbabit mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *