500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah

JOHOR BAHRU – Kira-kira 500 anggota termasuk pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggotanya yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram dekat sini, awal pagi Jumaat.

Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 10.40 pagi ini.

Turut menyertai solat jenazah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Sebelum itu, warga IPK Johor beramai-ramai memenuhi ruang masjid seawal jam 9 pagi untuk bacaan Yaasin dan tahlil.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala jenazah Konstabel Muhammad Syafiq dikebumikan di Kuantan, Pahang.

Sebelum itu, dalam sidang akhbar, Saifuddin Nasution  memberi jaminan kebajikan keluarga anggota terkorban akan dijaga sebaiknya.

“Polis Johor telah mengadakan persiapan seperti memaklumkan insiden kepada keluarga dan mengatur urusan penghantaran ke hospital bagi tujuan post mortem.

“Seterusnya dibuat persiapan solat jenazah dan akan diselesaikan sehingga jenazah dihantar ke kampung halaman di Perak dan Pahang,” katanya. – Sinar Harian

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *