BERITA UTAMA

Al-Fatihah kepada dua anggota polis terbunuh

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.

Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. Aamiin. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *