Pemandu maut, kereta bertembung

TENOM (SABAH) – Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 27, Jalan Keningau – Tenom, dekat sini, awal pagi ini.

Mangsa yang meninggal dunia adalah seorang wanita berusia 22 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Wira bersama seorang lelaki yang mengalami kecederaan, berusia 17 tahun.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, PBK II Leong Hoi Min, seorang lagi cedera ialah pemandu kereta jenis Toyota Vigo yang berumur 38 tahun.

Katanya, kereta Proton Wira yang dinaiki mangsa dan remaja lelaki itu terlibat dengan kemalangan jalan raya apabila kenderaan itu bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota Vigo.

“Kejadian itu dilaporkan kepada JBPM Sabah pada jam 2.31 pagi melalui talian MERS999 sebelum pasukan dari BBP Keningau seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera LFRT dan kenderaan Unit EMRS.

“Terdapat tiga mangsa yang terlibat iaitu pemandu kenderaan Toyota Vigo lelaki berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan.

“Manakala, wanita yang memandu kereta Proton Wira, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, seorang lagi penumpang iaitu remaja lelaki telah diberikan perawatan awal oleh anggota pasukan Unit EMRS. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *