Calon PH menang di KKB

KUALA KUBU BHARU – Walaupun tidak rasmi, tetapi jumlah undi yang diperolehi calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao dengan majoriti sehingga jam 8 malam ini berjumlah 3,869 undi sudah dianggap sebagai berpihak kepadanya.

Sehingga jam 8 malam, Sock Tao sudah meraih 11,818 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memperoleh 8,303 undi; calon Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memantau dari dekat perkembangan pengiraan undi memaklumkan, PH telah mengungguli kemenangan dengan majoriti 3,869 undi.

“Tahniah PH mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia memenangi PRK KKB dengan majoriti besar 3,869 undi,” katanya.

Keputusan tidak rasmi PRK DUN Kuala Kubu Bharu setakat jam 8 malam menyaksikan PH meraih 11,818 undi, PN (8,303 undi); Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi.

Setakat ini jumlah undi yang dikira sebanyak 20,409 daripada 40,413 pengundi berdaftar.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kemenangan Sock Tao.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, pihaknya turut menghargai kerjasama Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke atas kemenangan itu.

“Tahniah kita menghargai kerjasama daripada Anthony Loke. Tahniah kerana menang di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada ucapan majlis sambutan ulang tahun PKR ke-25, di sini.

Keputusan tidak rasmi menyaksikan PH berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu dengan majoriti 3,869 undi melalui calonnya, Pang Sock Tao.

Setakat 8 malam, PH meraih 11,818 undi, PN (8,303 undi); Bebas (159) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) 129 undi. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *