Garnacho, Onana simpati nasib Faisal

KUALA LUMPUR – Nasib malang yang menimpa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim turut mendapat perhatian daripada bintang bola sepak dari luar negara.

Terbaru, dua pemain kelab Manchester United, Alejandro Garnacho dan penjaga gol, Andre Onana menzahirkan simpati serta mendoakan kesembuhan buat Faisal.

Menerusi temu bual bersama Stadium Astro, Onana yang juga penjaga gol kebangsaan Cameroon turut memberikan kata-kata semangat kepada pemain Selangor itu.

“Kami mendapat berita mengenai apa yang terjadi (terhadap Faisal). Kami juga merasainya di sini, kami tahu ia tempoh sukar untuk anda dan keluarga.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami semua bersama anda, kekal berjuang dan semoga terus tabah menghadapi situasi ini,” kata Onana.

Terdahulu, Faisal dilaporkan menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Susulan daripada insiden itu, pemain berusia 26 tahun itu kemudian disahkan mengalami kecederaan melecur tahap empat di beberapa bahagian badan.

Dia yang lebih kenali sebagai Mickey ketika ini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam. – Berita Harian

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *