KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan kebenaran Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz memfailkan afidavit bagi memperbetulkan fakta didakwa tidak tepat dalam afidavit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Titah Tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam kes pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian semasa pendengaran permohonan kebenaran Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu.
Afidavit itu berhubung dakwaan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengesahkan kewujudan Titah Tambahan bertarikh 29 Januari lalu supaya Najib, 71, menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu mengesahkan demikian ketika ditemui selepas prosiding pada Khamis. – Nasionaldaily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252