Suami bunuh isteri dengan cangkul kerana notifikasi ‘sayang’

JAKARTA – Gara-gara cemburu, seorang suami dari Kampung Sukarame, Jawa Barat, Indonesia bertindak membunuh isterinya.

Portal Kompas melaporkan, insiden itu berlaku di rumah mereka pada Isnin lalu.

Suspek yang berusia 31 tahun membunuh isterinya dengan memukul mangsa menggunakan cangkul.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Cileunyi, Suharto, pada Selasa lalu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Suspek tampil menyerah diri di balai polis pada jam 1.35 tengah hari dan memberitahu yang dia membunuh isterinya menggunakan cangkul,” kata Suharto.

Menurut Suharto, pembunuhan terjadi selepas suspek terlihat notifikasi sayang di telefon bimbit isterinya yang membuatkan suspek cemburu.

“Waktu kejadian, suspek sedang memperbaiki cangkul dan mangsa berbaring sambil menonton televisyen.

“Waktu itulah mereka bertengkar sebelum suspek menghayun cangkul ke belakang kepada isterinya dan bahagian kiri badan mangsa.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Pukulan itu berulang kali hingga mangsa parah dan meninggal dunia.

“Jadi kita dapat simpulkan motif pembunuhan adalah cemburu,” katanya.

Selepas membunuh isterinya, suspek bertemu Cileunyi untuk menyerah diri. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *