Tarik Subsidi Diesel: PN mahu ajar PH di Sungai Bakap

MB Perlis tidak ditahan, dibenar pulang selepas selesai beri keterangan kepada SPRM

PUTRAJAYA – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli minta semua pihak mendapatkan berita yang sahih mengenai dirinya ‘ditahan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana dilaporkan.

Beliau menerusi hantaran Facebooknya petang ini menyatakan, sudah selesai memberi keterangan.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Penting untuk mencari dan dapatkan berita yang sahih. Jangan jadi penyebar kepada berita palsu.

“Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. InsyaAllah. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa-doa yang baik ini juga berbalik kepada anda,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM sebagai mengesahkan telah menahan Mohd Shukri.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi sebuah akhbar.

Menjawab ringkas, beliau mengesahkan perkembangan itu, tetapi tidak mengulas lanjut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mohd Shukri diminta hadir ke pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan anak lelakinya, yang kemudian dibebaskan. – Nasionaldaily

 

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *