BERITA UTAMA

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Kerajaan Perpaduan kongsi keputusan SPM 10A

HULU SELANGOR – Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao yang mewakili Pakatan Harapan (PH) berkongsi keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.

Beliau berbuat demikian bagi menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.

Menerusi hantaran di Facebook, Sock Tao yang merupakan bekas pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) On Pong Ampang, Hulu Langat, Selangor memperoleh 7A bagi UPSR.

Bagi keputusan SPM pula, bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah (SM) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan itu mendapat 10A.

“Saya terhutang budi kepada guru-guru yang pernah mengajar saya. Ucapan terima kasih sahaja memang tidak cukup sebagai balasan atas jasa bakti yang telah dicurahkan dalam mendidik saya,” katanya.

Terdahulu, isu akademik calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, mengundang persoalan apabila wujud dakwaan beliau mengemukakan sijil palsu.

Bagaimanapun, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengesahkan bahawa sijil Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan itu dimiliki Khairul Azhari.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru selain Sock Tao dan Khairul Azhari serta calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin. – KOSMO! ONLINE

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *