BERITA UTAMA

Jangan berani sentuh Dini, Janna Nick sanggup masuk penjara!

PETALING JAYA – Lambakan kes kemelut rumah tangga beberapa pasangan selebriti turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan artis tanah air termasuk pelakon dan pengacara Janna Nick.

Janna mengakui enggan campur tangan dengan beberapa kontroversi yang melanda industri hiburan ketika ini kerana khuatir kebahagiaan rumah tangganya dengan pelakon Dini Schatzman akan turut tergugat.

“Kita yang sudah berumah tangga, takut terpalit juga, nak mengata orang pun takut sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

“Macam saya dengan Dini, setiap hari buat TikTok, berseronok dan mesra. Apabila orang puji sangat pun saya takut kalau tiba-tiba Allah SWT uji kita,” katanya ketika mengacarakan sebuah program hiburan semalam:

Pelantun lagu Gatal itu turut memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak menganggu kebahagiaan rumah tangganya bersama Dini.

“Dalam fasa yang saya sedang gembira dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara.

“Jangan main gila dengan Janna Nick,” tegasnya.

Sejak kebelakangan ini, banyak isu rumah tangga artis tanah air menjadi topik bualan ramai dalam media sosial terutama kontroversi membabitkan tiga pelakon, Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah.

Isu tersebut turut mewujudkan beberapa ‘watak’ baharu termasuk wanita bernama Sarah Yasmine yang merupakan kekasih gelap Aliff.

Sarah sehingga kini terus menghangatkan industri hiburan apabila tanpa henti mendedahkan pelbagai konspirasi, komplot dan kecurangan melibatkan individu di sekeliling Aliff. – KOSMO! ONLINE

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *