BERITA UTAMA

Kebakaran kilang cat, dua sekolah di Meru diarah tutup

KAPAR – Dua Sekolah di Meru diarah tutup membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dan Sekolah Rendah Agama (SRA) II susulan kebakaran dua kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru, awal pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Pegawai Bomba Kanan II (Komander Operasi Kanan) PBK II Nurul Azman Muhammadan.

“Saya sudah mendapat makluman sekolah tersebut diarahkan tutup atas faktor keselamatan.

“Sekitar jam 7 pagi tadi, guru-guru dan murid-murid telah diarahkan pulang susulan sesi dibatalkan,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Berikutan kebakaran kilang cat berkenaan, kawasan kedua-dua sekolah itu dilitupi asap menebal yang membawa bahan kimia.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Klang Utara, BBP Pelabuhan Klang, BBP Klang Selatan, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong, BBP Rawang, BBP Pulau Indah BBP Damansara dan BBP Kuala Lumpur dikerahkan ke lokasi. – BUTV3

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *