Dua saksi dirakam keterangan, suspek masih dikesan

KLANG – Polis mengambil keterangan dua saksi susulan seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan meniarap dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Jaya, Kapar, dekat sini pada pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, sebanyak dua keterangan telah direkodkan setakat ini iaitu membabitkan isteri dan anak si mati yang ada semasa kejadian berlaku.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati motif pembunuhan disebabkan dendam.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek yang terlibat.

“Tiada sebarang senjata ditemukan di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kecederaan mangsa, kata beliau, terdapat kesan tetakan pada kepala dan kedua-dua belah kaki serta bahu kanan dan tangan kanan.

Tambah beliau lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahmah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Pada hari ini, proses sembahyang dan membakar mayat telah dilakukan oleh keluarga mangsa. – Dipetik Sinar Harian

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *